BIDANG KEPAKARAN
RNR Fashion KB dikendalikan oleh pereka fesyen Rusnah Yusof lulusan Auckland, New Zealand dan Bangkok,Thailand pakar dalam merangka pola pakaian wanita pelbagai fesyen antarabangsa dan melatih teknik menjahit industri
- Menyediakan khidmat pakar dan kursus intensif merangka pola untuk pakaian fesyen dan kasual wanita bagi butik atau sekolah jahitan dan individu
- Bersedia menerima pesanan menyiapkan pola pakaian melalui gambar atau lakaran fesyen dengan bayaran yang berpatutan dalam masa yang singkat
- Pusat kemahiran jahitan dan fesyen bertauliah diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran
- Perancang program membasmi kemiskinan melalui peningkatan kemahiran jahitan, kraftangan dan keusahawanan
- Menulis buku-buku fesyen,teknik jahitan,sulaman dan kraftangan
- Mempromosi kursus jahitan dan fesyen secara pos
- Mentor kepada bakal usahawan jahitan dan fesyen
KHIDMAT MERANGKA POLA
Untuk peminat
fesyen wanita antara bangsa dan pengeluar pakaian untuk pesanan butik
dan pasaraya, sila kemukakan gambar atau
lakaran fesyen
daripada gambar gambar majalah fesyen atau lukisan fesyen sendiri berserta
ukuran dan saiz yang diperlukan.Bayaran untuk setiap kerja merangka
pola bergantung pada jenis fesyen dan bilangan pesanan..Pesanan khidmat
diterima melalui email atau sms ..... rnrfashion@gmail.com atau 0134702954 (Pn.
Rusnah)
KURSUS,MODUL & KHIDMAT YANG DITAWARKAN
Kursus intensif dan jangka panjang -
Sijil Jahitan dan kraftangan
Kursus ini
meliputi 40 asas jahitan (skt40),jahitan dan merangka pola pakaian tradisional melayu
dan moden termasuk perhiasan
rumah. Kraftangan termasuk peralatan pengantin, barangan ayaman daripada tali
plastic dan manik manik.
pelatih
yang tamat mempunyai pengetahuan mamtap menjahit bahagian penting pakaian dan
boleh berkerja di butik atau terima
tempahan individu. Kursus intensif mencakupi pelajaran yang sama tetapi di jalankan secara berkala dan bersambung
sehingga sempurna sukatan.sesuai untuk pelatih bekerja dan suri rumah
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia - Pembuat pakaian wanita – tahap 1,2,3
Kursus ini
mengandungi pelajaran sukatan jabatan Pembangunan kemahiran(jpk) termasuk pelbagai
pakaian kontemporari
melayu,pakaian kasual dan pakaian pejabat. sila rujuk JPK untuk keterangan lanjut. Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan pembangunan malaysia.kursus secata pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT) juga boleh dikendalikan.Pelatih yang tamat boleh melanjutkan ketahap dkm dan dlkm pembuat pakaian wanita yang lebih tinggi.
Kursus Diploma Pereka Fesyen dan
Merangka Pola
Kursus ini
mengandungi pelajaran mereka fesyen dan merangka pelbagai pola untuk fesyen pakaian dari
lukisan fesyen termasuk
pakaian seragam bagi pengeluaran pukal oleh kilang kilang pakaian. kefahaman dalam mengenal pasti fesyen untuk merangka bentuk dan
jenis pola bagi memudahkan
gunapakai oleh tukang jahit dan pembuat pakaian adalah fokus utama. Rekaan dan lukisan fesyen daripada majalah fesyen antara bangsa dan lukisan pereka fesyen tempatan
diambil sebagai bahan rujukan. pelatih yang tamat mampu berkerja sebagai
perangka pola di butik atau
menerima upah merangka pola untuk kilang dan individu.
Kursus jahitan dan fesyen secara pos
Kursus ini
dijalankan secara pos dengan pelatih menerima pelajaran dari masa ke masa.Nota kerja dan
pelajaran akan di hantar kepada pelatih mengikut kecekapan .Pelatih akan
sentiasa berhubung
dengan guru untuk menentukan kerja dan arahan.Pelatih yang ada asas jahitan cepat mengikuti kaedah kursus ini.
Kursus kecekapan MEnjahit industri
Antara
kemahiran yang wajib ada pada pekerja jahitan adalah kecekapan mengendali mesin.
mesin jahit industri menjamin kerja yang selesa dan
kesiapan yang diperlukan.teknik dan kaedah menjahit pelbagai pakaian amat penting untuk jahitan pukal dan
rumit.rahsia kecepatan menyiapkan pakaian menguna mesin jahit
industri apabila teknikmenjahit yang betul dipraktikan.Pelatih yang telah mengikuti latihan
jahitan industri boleh dijadikan penyelia atau tukang jahit contoh (sample machinist)
Pelatih yang terlatih teknik jahitan mampu
menjahit banyak pakaian dengan sempurna sesuai dengan pesanan pukal untuk
pakaian seragam.