Thursday, 24 October 2013

RNR FASHION KB


RNR Fashion KB ......rnrfashion@gmail.com ......0134702954

BIDANG KEPAKARAN
  
   RNR Fashion KB dikendalikan oleh pereka fesyen Rusnah Yusof lulusan Auckland, New Zealand dan Bangkok,Thailand pakar dalam merangka pola pakaian wanita pelbagai fesyen antarabangsa dan melatih teknik menjahit industri
  • Menyediakan khidmat pakar dan kursus intensif merangka pola untuk pakaian fesyen dan kasual wanita bagi butik atau sekolah jahitan dan individu 
  • Bersedia menerima pesanan menyiapkan pola pakaian melalui gambar atau lakaran fesyen dengan bayaran yang berpatutan dalam masa yang singkat
  • Pusat  kemahiran jahitan dan fesyen bertauliah diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran
  • Perancang program membasmi kemiskinan melalui peningkatan kemahiran jahitan, kraftangan dan keusahawanan
  •  Menulis buku-buku fesyen,teknik jahitan,sulaman dan kraftangan
  •  Mempromosi kursus jahitan dan fesyen secara pos
  • Mentor kepada bakal usahawan jahitan dan fesyen


KHIDMAT MERANGKA POLA

Untuk peminat fesyen wanita antara bangsa dan pengeluar pakaian untuk pesanan butik dan pasaraya, sila kemukakan gambar atau
lakaran fesyen daripada gambar gambar majalah fesyen atau lukisan fesyen sendiri berserta ukuran dan saiz yang diperlukan.Bayaran untuk setiap kerja merangka pola bergantung pada jenis fesyen dan bilangan pesanan..Pesanan khidmat diterima melalui email atau sms .....   rnrfashion@gmail.com atau 0134702954 (Pn. Rusnah)


       KURSUS,MODUL & KHIDMAT YANG DITAWARKAN
        
Kursus intensif dan jangka panjang   -  Sijil Jahitan dan kraftangan

Kursus ini meliputi 40 asas jahitan (skt40),jahitan dan merangka pola pakaian tradisional melayu dan moden termasuk perhiasan rumah. Kraftangan termasuk peralatan pengantin, barangan ayaman daripada tali plastic dan manik manik.
pelatih yang tamat mempunyai pengetahuan mamtap menjahit bahagian penting pakaian dan boleh berkerja di butik atau terima tempahan individu. Kursus intensif mencakupi pelajaran yang sama tetapi  di jalankan secara berkala dan bersambung sehingga sempurna sukatan.sesuai untuk pelatih bekerja dan suri rumah

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia -  Pembuat pakaian wanita – tahap 1,2,3

Kursus ini mengandungi pelajaran sukatan jabatan Pembangunan kemahiran(jpk) termasuk pelbagai pakaian kontemporari melayu,pakaian kasual dan pakaian pejabat. sila rujuk JPK untuk keterangan lanjut. Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan pembangunan malaysia.kursus secata pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT) juga boleh dikendalikan.Pelatih yang tamat boleh melanjutkan ketahap dkm dan dlkm pembuat pakaian wanita yang lebih tinggi.

Kursus Diploma Pereka Fesyen dan Merangka Pola

Kursus ini mengandungi pelajaran mereka fesyen dan merangka pelbagai pola untuk fesyen pakaian dari lukisan fesyen termasuk pakaian seragam bagi pengeluaran pukal oleh kilang kilang pakaian. kefahaman dalam mengenal pasti fesyen untuk merangka bentuk dan jenis pola bagi memudahkan gunapakai oleh tukang jahit dan pembuat pakaian adalah fokus utama. Rekaan dan lukisan fesyen daripada majalah fesyen antara bangsa dan lukisan  pereka fesyen tempatan diambil sebagai bahan rujukan. pelatih yang tamat mampu berkerja sebagai perangka pola di butik atau menerima upah merangka pola untuk kilang dan individu.

Kursus jahitan dan fesyen secara pos

Kursus ini dijalankan secara pos dengan pelatih menerima pelajaran dari masa ke masa.Nota kerja dan pelajaran akan di hantar kepada pelatih mengikut kecekapan .Pelatih akan sentiasa berhubung dengan  guru untuk menentukan kerja dan arahan.Pelatih yang ada asas jahitan cepat mengikuti kaedah kursus ini.

Kursus kecekapan MEnjahit industri

Antara kemahiran yang wajib ada pada pekerja jahitan adalah kecekapan mengendali mesin. mesin jahit  industri menjamin kerja yang selesa dan kesiapan yang diperlukan.teknik dan kaedah menjahit pelbagai pakaian amat penting untuk jahitan pukal dan rumit.rahsia kecepatan menyiapkan pakaian menguna mesin jahit industri apabila teknikmenjahit yang betul dipraktikan.Pelatih yang telah mengikuti latihan jahitan industri boleh dijadikan penyelia atau tukang jahit contoh (sample machinist)
Pelatih yang terlatih teknik jahitan mampu menjahit banyak pakaian dengan sempurna sesuai dengan pesanan pukal untuk pakaian seragam.